Friday 21 December 2012

Selaraskan perasaan

Assalamualaikum wbt...

Perkenalan kadang-kadang akan menjadikan seorang kawan menjadi kawan 'istimewa' . istimewa macam seorang lelaki berkenalan dengan seorang perempuan , ada kala perkenalan itu boleh membuatkan kita rasa suka antara satu sama lain. Namun rasa itu datang adakalanya tanpa diduga kehadirannya dalam hati kita. Perasaan suka itu perlulah diselaraskan dan perlu di kawal agar ianya tidak menjadi sesuatu yang boleh membuatkan kita terjerumus ke lembah maksiat ataupun zina , mintak-mintak jauh la kan, insyaAllah.

Perkenalan kita sesama insan di bumi Allah yang sementara ini perlulah berlandasakan syariat Islam, Islam tak melarang perkenalan antara si teruna dengan si dara tapi kita sebagai insan kenalah mengetahui batas-batas pergaulan yang telah ditetapkan oleh-Nya.

Perasaan cinta juga mungkin akan wujud disebalik perkenalan kita itu sendiri, cinta itu tidak salah namun perlulah kita ketahui yang cinta kita sesama saudara seIslam itu lebih penting untuk dizahirkan dalam pergaulan mahupun dalam memberi nasihat sesama kita.

'Selaraskan cinta kita kepada sesiapa pun biarlah ikhlas kerana Allah'
kerana dari takdir Allah itulah terjalinnya satu ukhawah antara kita sesama insan.


susurilah ukhawah perkenalan dan juga persahabatan yang terjalin ini dengan penuh kepatuhan kita dengan perintah-perintah-Nya dalam adab berkawan.





Saturday 15 December 2012

Baik



Assalamualaikum wbt...

"orang yang baik akan dapat orang yang baik sebagai pasangannya"
Peganglah kata-kata itu agar kita sentiasa berusaha untuk menjadi yang terbaik dalam kalangan yang terbaik.

Biarlah kita tak nampak baik pada pandangan manusia yang penting kita nampak baik pada pandangan Allah Pencipta kita.

Berusaha menjadikan diri kita yang terbaik!!!
:)(:










Friday 14 December 2012

ukhawah dalam persahabatan

Assalamualaikum wbt....








kawan ataupun sahabat mempunyai maksud yang sama. 
Terjalinnya ukhawah antara kita sesama manusia itu juga dinamankan kawan. 
Namun hiasilah ikatan ukhawah yang suci itu dengan nasihat dan juga perkenalan yang ikhlas kerana Allah.

~~~> kawan yang sukar dicari adalah yang sentiasa bersama-sama dengan kita di waktu susah mahupun senang <~~~

berkawanlah kerana Allah semoga ikatan ukhawah itu kekal hingga penghujung nyawa

 

                                                                         :)(:
                                   ~w~

Tuesday 11 December 2012

untuk Along


Assalamualaikum wbt...



apa yang kita nak tak semua kita dapat, tapi jangan mengeluh bila apa yang kita nak itu xdapat
mungkin Allah xbagi ianya sekarang mungkin Allah bagi lepas nie, jangan pernah putus asa berharap pada-Nya

Along wt molek blake dh kan , along stdy dh along doa dh so kite tawakkal la along,
along wt blake dh hok 2 smua so along redha la dengan ape hok Allah bagi 2,insyaAllah itu yg terbaik buat along
jangan jadikan ape yg along dpt ari nie sebgai "pelemah " semngt along 
along kne bngkit berusaha lagi lpas nie utk bktikn hok along boleh wt molek lg pas nie
klu orang len bole wt bkpe along xleh dok?? pk su ykin dgn kmmpuan hok ada pd along , along bole wt molek ag dri nie utk dpt kptsan hok lg bek n cmrlng

yg pntg jgn seskli along ptus asa, klu along ptus asa xpka llu r, jd xsmngt dh nk stdy 
sbb kt dnia xdok hok sng along , smua ny kne ad usha yg kuat utk kite gpai bnde hok kte nok 2.

teruskan perjuangaan dalam medan jihad along menuntut ilmu nie, jangan give up2 ok.

semoge along kuat n berjaya dalam benda apa jua hok along buat deh 
amin 
satu jew semua orang nak tengok along berjaya dunia mahupun akhirat.
goog luck along , doa dari family2 along ada sokmo dengan along terutama sekali doa umi dengan ayah.



* buat anak saudara tercinta yang dapat result tak capai target jangan give up!!!
       juga untuk motivasi diri sendiri




Tuesday 4 December 2012

Sinar mentari yang terselindung




    Impian , setiap insan mempunyai matlamat dan juga impian untuk di capai dalam kehidupannya. Gantunglah impian itu agar dapat kita semarakkan semangat yang akan di susun atur menujunya. Binalah benteng kekuatan dalam diri agar  tak goyah bila badai melanda agar tak goyah bila ombak menghempas.

      Ingin ku kongsikan kisah seorang hamba-Nya yang bernama Ramdan , lahir dalam serba kekurangan , hidup dalam kegelapan alam. Dilahirkan pada tanggal 4/1/1992 di sebuah hospital di pantai timur Malaysia. Dibesarkan oleh dua orang insan hebat yang bernama Mohd Ali dan juga Fatimah. Mendapat pendidikan awal di Sekolah Kebangsaan Permai Jaya yang menjadi tempat Ramdan mengenal dunia dan juga mengenal Penciptanya. Terus mengorak langkah yang seterusnya ke Sekolah Menengah Kebangsaan Permai di mana tempat abang-abangnya menimba ilmu sebelum ini. Semasa meniti jambatan kehidupan ini yang tak semudah 123 , kadangkala sepahit hempedu di rasa semanis madu tak dilupa.

     Namun dari sehari ke sehari langkahnya bertambah tegap ,bertambah matang menyusun strategi mengapai impian yang lama tersimpan dilubk hati. Setelah berpenat lelah mengharungi kehidupan persekolahan akhirnya Ramdan berjaya menghabiskannya dengan mendapat 5A dalam Sijil Pelajaran Malaysia(SPM) pada tahun 2009. “aku cemburu dengan kawan-kawanku yang keputusan mereka disambut bersama insan tersayang, tak macam aku hanya dengan teman”, bisik Ramdan dalam naluri hatinya. Ini kerana keluarganya bukanlah  dari golongan berada seperti mana kawan-kawannya, ayahnya hanya seorang nelayan yang bertarung nyawa demi sesuap rezeki, manakala ibunya seorang suri rumah sepenuh masa yang tak kenal erti mengalah dalam membesarkan pemimpin bangsa.

            Bila diimbas kembali kehidupannya mempunyai tujuh orang abang dan dua orang kakak yang membesar dengan perih jerih hasil seorang anak nelayan yang rezeki mengikut ombak di lautan. Membesar dalam keluarga yang serba kekurangan tak menghalangnya untuk berjaya seperti insan lain yang hayut dek perubahan zaman. Ilmu agama pantang ditinggal kerana itulah penyuluh jalan kehidupan buat bekalan ke alam seterusmya berjumpa dengan Ya Rabb. Sikap orang tuanya yang tegas dalam menjadikan anak-anak manusia yang berguna pada agama ,bangsa dan juga negara membuatkan semua adik beradik tak lupa dek tinggal di dunia yang hanya sementar ini. Ramdan pernah digantung kakinya akibat tak pergi menelaah Kalam Allah semas berumur 5 tahun,namun dia bersyukur dengan ketegasan itulah dia semakin matang menyelusuri alam sementara ini.

            Berbalik kepada keputusan SPM yang diperolehi Ramdan tadi, dengan keputusan itu dia mendapat beberapa tawaran melanjutkan pelajaran ke peringkat yang seterusnya. Percayalah rezeki itu milik Allah. Mendapat tawaran melanjutkan pelajaran ke peringkat yang seterusnya membuatkan perasaannya bercampur baur antara gembira dan juga sedih. Gembira hatinya bila impian untuk menuju menara gading akhirnya termakbul, namun kegembiraan hatinya diselubungi oleh rasa sedih kerana ke menara gading memerlukan kewangan yang kukuh. Bila memikirkan soal itu kadang-kadang membuatkan diri Ramdan berbelah bagi antara impian dan juga kesedihan. Walaupun dia tahu zaman sekarang begitu banyak bantuan kewangan dari pihak kerajaan mahupun swasta. Langkah disusun istikharah berterusan, akhirnya Allah membuka pintu hatinya supaya mengapai peluang didepan mata yang terhidang itu. Dengan itu Ramdan tekad untuk melanjutkan pelajarannya disebuah ipta di selatan tanah air di dalam bidang mekanikal. Persiapan dibuat supaya syarat-syarat kemasukan ke ipta dapat dipenuhi dengan jayanya. Alhamdulillah denagn izin dari-Nya persiapan dia berjalan lancar dan mengikut apa yang dikehendaki.

              Pada bulan disember 2009 bermula perjalanan Ramdan ke selatan tanah air untuk mendaftarkan diri sebagai pelajar ipta untuk sesi disember pada tahun itu. Perjalanannya diiringi doa dari  adik beradiknya dan juga tentulah dari orang tuanya sekali. Melangkah ke selatan negara itu dengan abangnya yang sulung dan juga kedua-dua orang tua yang ingin melihat Ramdan melangkah setapak ke menara gading yang membuatkan ibu bapanya menangis kegembiraan melihat kejayaannya. Gembirakan ibu bapa kita dengan kejayaan.  Selepas itu bermulalah kehidupan dia sebagai seorang pelajar ipta di selatan tanah air. Pada permulaan perjalanannya di dalam dunia ipta ini diduga lagi apabila keyakinan pada diri kadang-kadang terkulai dek cabaran dihadapan, namun dengan nasihat dari insan-insan tersayang membuatkan hati Ramdan kembali pada landasan menuju kejayaan dalam kehidupan dunia ipta. Melangkah dan terus melangkah bagi Ramdan perjalanan hidupnya di dunia ipta ini mengajarnya erti berdikari tanpa ibu bapa dan kekuatan dari insan tersebut.

            Dalam perjalanan sebagai peljar ipta dan dunia remaja yang jauh dari radar ibu bapa membuatkan darinya hanyut dengan dunia itu sendiri. Ramdan pun sama macam insan lain yang punca perasaan dan juga hati , tengok  kawan-kawan  bercinta membuatkan dirinya juga  ingin merasai perasaan tiu sendiri. Namun kisah silam masa zaman cinta monyet dia dulu membuatkan dirinya terasa takot untuk bercinta lagi, bagai angin meniup daun yang gugur ke mana sahaja, begitu juga Ramdan yang akhirnya tertarik dengan agama yang ada pada seorang muslimah yang dikenalinya dalam alam maya, maklumlahkan zaman IT membuatkan dunia tanpa batasan, insan yang berjaya mencuri hatinya itu juga merupakan orang dari pantai timur jugak boelh dikatakan satu haluan dengan tempatnya sendiri. Tempoh perkenalan yang singkat dan juga dengan hanya perkenalan dalam alam maya membuatkan Ramdan ragu-ragu untuk melafazkan cinta pada muslimah tersebut. Dalam perkenalan yang singkat itu juga Ramdan mengetahui yang insan yang dicintainya dapat melanjutkan pelajaran ke oversea iaitu ke negara teluk untuk berjihad menuntut ilmu disana dalam jurusan bahasa Arab. Apa yang membuatkan Ramdan tertarik pada muslimah itu ialah agama yang ada padanya dan juga dari keturunan orang yang baik-baik membuatkan hati Ramdan terpikat pada muslimah itu.  Namun itulah yang dikatakan jodoh pertemuan semua di tangan Allah , terpisah dek kerana pelajaran perlu diutamakn terlebih dahulu , masing-masing ada komitmen pada jihad pelajran terlebih dahulu. Masing-masing akur dengan takdir Ilahi dan berpegang pada janji Allah andai dia tercipta untuk ku dekatkanlah hati kami Ya Allah. Muslimah itu namanya sangat indah persisi dengan keperibadiannya secantik makna nama itu sendiri. Nama yang sama seperti salah seorang isteri kesayangan Kekasih Allah Muhammad S.A.W.  Namun cintalah atas dasar agama nescaya kita akan bahagia sampai alam seterusnya , jangan mencintai kerana paras rupa yang akan berkedut jugak suatu hari nanti, jangan mencintai atas dasar harta yang akan habis juga suatu ketika nanti , dan janganlah kamu mencintai seseorang atas dasar terpaksa.

tunggu sambungan seterusnya nanti, insyaAllah ^^

~w~


Thursday 29 November 2012

Atok dan Hidayah Allah

Assalamualaikum wbt ....


Hari ini adalah nak kongsi sket tentng ltar belkng fmly . Tengahari tadi adalah borak2 dgn mak kjap kn, bukak2 cite psal anak brnak spupu sepapat , last2 mak ckp la atok kamu tu dlu cina tapi dye masok Islam, sungguh Agung Kuasa Nya.


Mak cakap dlu arwah atok lari dari rumah sebab bila dapat hidayah dari Allah untuk masuk Islam fmly atok xdpt trme dan sbb tula atok lri dri rumh untuk teruskan hdupnya dgn Islam itu sendri. Enth la aku pn xdpt byg mcm mna atok hrungi hdup dgn keadan nya yg mcm tuu, tapi mungkin Allah itu Maha Pengasih lagi Maha Penyayang memberi atok kekuatan utk trus brda dlm Islam  walau apa jua dgaan pun yg dtg mnimpa. Bangga ada atok mcm Tokki Man
( pgillan mak pd atok)


Bila mak crte psal atok yg sggup tggl fmly utk Islam yang Allah bg pd dye buatkan aku terfikir kdg3 kita yg lahir dalam keluarga Islam ini sendri lebih teruk dari 'suadara baru' yang aku rasa kebanyakkan mereka lebih menghargai nilai Islam yang ada pada dri mereka itu.


Harapan aku biarlah atok ditempatkan dikalangan-kalangan orang-orang yang beriman dan beramal soleh , amin Ya Allah.
Walau aku tak pernah tatap wajah mu, namun atok kebangaan diri ku buat selamanya.


                                      -Hidayah itu milik Allah-

                                                                     ~w~

Tuesday 27 November 2012

Nukilanku

Assalamualaikum wbt...


makin cepat masa berlalu
makin banyak perubahan yang berlaku
bairlah perubahan ke arah yang lebih baik , insyaAllah :)


Lihat penderitaan orang lain , kita akan tahu erti syukur , insyaAllah :)


Ketentuan Mu Ya Allah adalah yang terbaik untukku
sebab setiap apa yang berlaku ada Hikmahnya :)


Sedekah menjana Saham akhirat :)


Hati tenang bila selalu mengingati-Nya
Allah Maha Pengasih lagi Maha Penyayang :)


Bacalah walau sehelai kalam Allah :)


Jangan pernah lupa buat insan bernama Ibu senyum :)

Kasih Ibu memebawa ke syurga
Kasih Ayah sampai bila-bila :)


Cantiknya bulan menerangi malam
Terangnya hati menerangi kehidupan :)


Jika tidak dapat membantu ,janganlah membebankan, insyaAllah :)


Senyum ubat kesedihan :)
just smile :)


Andai buta dari melihat alam
Janganlah kita buta untuk sujud pada Pencipta alam


Disebalik angan-angan ada impian
Disebalik impian ada cita-cita untuk digapai
...impian tanpa usaha adalah angan-angan kosong
*ada usaha ada hasil :)


Allah Maha Besar
Jangan kita mudah lupa dengan nikmat dunia yang sementara :)


Husnul Khatimah
Pengakhiran yang baik :)


Setelah kita berusaha dengan penuh sabar dan bersungguh-sungguh selepas itu
bertawakkalah pada Allah  jangan tawakkal tanpa usaha :)


Tak tahu tanya
jangan biar ternganga

Ada usaha , ada hasil yakinlah :)
Man Jadda Wajada


Nasihat menasihatilah kita sesama sendiri
Untuk kebaikan saudara dan saudari


Apabila kamu disakiti ukirlah senyuman
(: senyum sokmo :)


                   |semoga nukilan ini memberi manfaat , insyaAllah. Allah Maha Besar |

                                                          ~w~



Sunday 25 November 2012

Ibu dan anak kecilnya


Assalamualaikum wbt..pembuka kata




gelagat seorang mak cik dengan kerenah-kerenah anak-anaknya dalam bas masa nak balik kampung malam tadi membuatkan aku terfikir besarnya jasa IBU kita selama ini. Mak cik itu tak pernah jemu melayan kerenah anaknya yang masih kecil, dengan aircond yang dipasang  dengan agak kuat tanpa baju sejuk IBU itu mengharungi malamnya dengan anak-anak dengan berpeluk tubuh sahaja akibat kesejukkan ,tapi IBU itu sedaya upaya 'menutup' kesejukkan yang dirasainya dengan senyuman yang ikhlas buat anaknya, jasa dan naluri seorang IBU tak pernah luntur. Tangan IBU penuh dengan kasih sayang
-we love ummi-



seorang pelajar ipta dalam perjalanan pulang untuk menghabiskan cuti semesternya bersama keluarga tersayang , perkara biasa la kan cuti semester semua orang akan balik ke kampung seme la dengan saya juga. Namun semesa dalam perjalanan pulang ke kampung baru-baru nie ada satu peristiwa yang terjadi dalam bas yang aku naiki.

Semasa di dalam bas ad ternampak seorang mak cik dalam lingkugan umur dalam 40-an dengan anak-anaknya yang masih kecil mybe untuk blik ke kg jgk kot . bas terus berjalan sehingga la aku terkejut dari tdo ( dalam bas ak nie ske tdo..ehheh) aku lihat mak cik tadi dengan memangku anaknya yang paling kecil tido di ats pangkuannya ( tak xda bntal selembut ribaan seorang ibu kn) dengan nyenyak anak kecil itu tdo ,namun ape yang menarik perhatian ku ialah walau dengan aircond di dalam bas itu yang kuat namun ibu itu walau dengan hanya memakai baju kurung tanpa sweeter mengharungi malam yang sejuk di dalam bas itu.

Hati seorang ibu kan , sanggup korban apa saja untuk anaknya. saat orang lain tdo nyenyak di dalam bas itu ibu itu di lihat sedang berpeluk tubuh kesejukkan mungkin, namun tak pernah keluar dari mulutnya untuk berkata demikian kepad anaknya mungkin mereka pun tak akan mengerti apa yang ibunya katakan.

Ketabahan ibu itu membuatkan aku terfikir betapa banyaknya pengorbanan ibu kita semua untuk membesarkan kita sehingga lah sekarang . dari kita lahir sampailah sekarang adakah pernah kita terfikir pengorbanan yang dye lakukan untuk kita .

- Ingat la kita wahai anak-anak sekalin jangan pernah titiskan air mata ibu demi kita, biarlah ibu titiskan air mata kegembiraan untuk kita yang membahagiakannya. Memang jasa ibu tidak dapat kita balas , namun jangan pernah kecewa dye dengan sikap kita -














saya ada gigi da :)

Assalamualaikum wbt .

           Entri kali nie adlah sebab puah cemuh duk rumah mse cti sem nie , dok tahu la nk wt ape kan , nak kje pn alang3 ajew cti ny 3 mggu jew. so almaklum la kan duk umh jew la jd suri rumah sepenuh masa ..ehkehehe
Nsib bek la bru nie fmly abg dtg rumh bole jgk men dgn ank3 dye kn xdew la hlg bosan sgt

nie la ank abg yg plg kcik n comey g2 kn name ny Fatimah Syarha mcm penulis novel lak plak nme dye kn ..ihihhi
sekrang umrny da pn 1 thun 1 buln , n da pndai da pgil umi ,ayah ,akak n abg3 dye kn . geram tgk bdk nie comey jew, gg plak ad da 4 btng 2 kt bwh 2 kt ats .


smkin bsar la fmly kn ,mklum ler squad ummi n walid da la rmai so kuarga pon bsar ler kan :) 

best jew ad fmly bsar3 nie nak3 time blik rye kn mriah sgt3 , smpai nak ronoh rumh di buatnya ..hehhe
 da xlme nnti nk dpt akak ipar plak lg 2 org , ehuw3 lg la best kan , tggu turn tuan pnye  entri nie lmbt ler lg jwbny kn , stdy pn xhbis lg , nnti ummi surh smbung deg plak, insyaAllah klu mmpu :)

2 jew sy nak merepek mlm3 nie ... nnti ad la lg 2 entri seterusnya tggu la yew ..
-w-

sayang kamu semua .. peace yo ..

:)(:



Wednesday 29 August 2012

menCintai kamu miliku Namun diCintai mu bukan hak aku


saat mengenalimu membuatkan ku terasa sangat bahagia dan gembira..
semua itu hanya pemberian Ilahi dan juga bole menjadi ujian dari Nya


ingin ku hanya satu 
ingin ku menjadikan kau halal bagiku
ingin ku harap pada Nya agar cinta ku disampaikan padamu
ingin menadah tangan pada Ilahi momohon perkenankan doa ku buatmu


namun DIA lebih tahu yang mana lagi terbaik buat hamba2 Nya 
Ya Allah sesungguhnya aku bersyukur pada Mu yang mencipta pengenalan aku dengan si dia
saat mengenalinya sungguh indah 
ku mohon 
ku harap 
Engkau makbulkanlah doa ku agar satu kan hati kami 
satu kan hati ku dangan hatinya untuk menjadi halal pada ikatan yang sah
InsyaAllah jodoh itu milik kami 

semoga kamu bahagia menjalani kehidupan di dunia nie dengan tabah dan kuat
ku selalu berharap agar dapat melihat kamu berbahagia dengan insan yang tersayang
'diriku bahagia dengan melihat kamu gembira'

Wassalam 
*dariseseorangyangdalamdoanyaadakamu*

Wednesday 16 May 2012

Tanggal 16 may



   Assalamualaikum...
                      entri kli nie tntulah psal hari guru yg smua org smbut pd 16 may srtiap thun. Pada tanggal ini lah guru-guru semua di rai kan baik di sekolah mhupun di mna jua. Guru seorang insan yang memberi tunjuk ajar pada kita anak muridnya.


                       guru seorang insan yang tak pernah kenal erti jemu & putus asa dalam dirinya u ntuk berusaha menjadikan anak bangsanya seorang insan yang berguna pada agama , bangsa & juga negara.



                                  Tanpa guru :-
                                          Tak akan ada seorang arkitek
                                           Tak akan ada seorang CEO
                                          Tak akan ada seorang pemain bola sepak
                                           Tak akan ada seorang doktor
                                          Tak akan ada seorang mekanik
                                          Tak akan ada seorang jutawan
                               * Tanpa guru tiada apa-apa pada kita.


Selepas saya tamat persekolahan baru saya tahu benar apa yang sering di perkatakan oleh kebanyakan guru saya iaitu " masa sekolah manfaatkan sepenuhnya nanti kamu semua akan merindui zaman persekolahan ini"
ternyata benar kata-kata itu sekarang alhamdulillah saya sudah berjaya melanjukkan pelajaran ke peringkat seterusnya atas daya usaha guru-guru saya mendidik saya selama ini tanpa jemu, saya sangat merindui zaman persekolahan kadang-kadang boleh menitiskan air mata apabila mengimbau kembali zaman persekolahan yang sangat indah itu.

       ayat yang sering kali saya dengar apabila bertemu kawan-kawan  ialah jom la kita masuk sekolah balik,ternyata zaman sekolah meninggalkan impak yang mendalam dalam jiwa kami sebagai seorang pelajar.
saya merindui zaman persekolahan!!!


Guru  kau ibarat lilin yang membakar diri untuk menerangi hidup kami semua dengan ilmu,
Guru kau tak pernah putus asa & jemu dalam memberi kami panduan hidup,
Guru kau kebangaan kami semua anak muridmu,


Guru jasa & pergorbanan mu tetap kami kenang.


Selamat Hari Guru kepada semua guru-guru Sekolah kebangsaan Chendering & Sekolah Menengah Kebangsaan Chendering & tak lupa juga pada semua guru-guru di seluruh dunia ini...semoga Allah merahmati usaha mu wahai Guruku..



We All Love u Teacher!!!

Saturday 12 May 2012

Rasa Sayang

bila berbicara tentang hati & perasaan kadang2 leh buatkan someone titiskan air mata keran mungkin sejarah silam yang amat perit untuk dilupakan , namun perkara yang perit itulah yang dapat mematangkan kita tentang kehidupan dunia ini. " langit tak sentiasa cerah " samalah dengan kehidupan kita sebagai manusia yang tak selalunya gembira . Allah memberi ujian kepada setiap hamba-Nya tanda kasih & sayang Allah pada kita .

   Setiap manusia ada rasa untuk di sayangi & juga menyayangi . Rasa itulah lumrah bagi kita setiap insan yang di kurniakan oleh Nya akal fikiran . Namun kasih & sayang sepatutnya terlebih dahulu kita lebih & utamakan pada Pencipta kita iaitu Allah S.W.T & juga  kasih sayang pada kekasihnya Nabi Muhammad S.A.W. & seterusnya luahkan segala rasa kasih & sayang kita itu pada ibu bapa , keluarga & juga kawan2.
       


Jangan pernah berkira siapakah yang pernah memberi kasih sayang pada kita,tapi fikirlah pada siapa kita lebihkan kasih sayang kita itu. Adakah pada insan yang betul? renung la sejenak...


    Tapi jika kita sudah memberi kasih sayang pada seseorang beri la dengan penuh ikhlas tanpa mengharap balasan,  kadang2 kita sebagai manusia memberi dengan mengharap balasan. Ikhlas kan sesuatu pemberian kita tak kira dalam apa jua bentuk sekalipun, insyaAllah ganjaran dari Allah lagi hebat .

Tuesday 24 April 2012

ape yg kte dh buat untuk ibu ???


bila mendengar bicara tentang ibu IBU hatiku terasa hiba ,sedih dan bermacam-macam lagi.
namun pabila aku terkenangkan ibuku banyaknya dosa yang telah ku lakukan terhadapnya, namun ibu tetap mencurahkan kasih sayangnya terhadap aku sebagai anugerah dari Allah(anaknya).
sembilan bulan aku 'tergantung ' pada rahim ibu,tak pernah pun ibu mengekuh kepenatan membawa ku ke hulu mahupun ke hilir,namun sekarang pabila ku sudah dewasa aku kerap mengeluh dengan ibu..banyaknya dosaku padamu ibu
ibu menjaga kita dari dalam rahim sampai sekarang, namun adakah kita akan menjaganya sampai akhir hayat kita?? renungkan la sambil lihat wajah ibumu
ibu membasuh najis kita masa kita masih kecil ,namun adakah kita akan lakukan itu semua pabila ibu kita sudah tua nanti?
fikirlah sejenak wahai sahabat-sahabat sekalian ape yang kita da buat untuk ibu dan ape yang telah ibu lakukan untuk ibu selama ini
"syurga di bawah telapak kaki ibu"













-w-

Sahabatku


SAHABAT
kau memberi maksud dan makna yang sangat mendalam dalam diri ini,
kau memberi kekuatan dalam hidup ini ,
kau kekuatan kami apabila kami berjauhan dengan keluarga,


Dia lah keluarga kita apabila di perantauan,
Dialah pembakar semangat kita,
Dia membangkitkan kita tatkala kita sedang jatuh,
Dia disisi pabila kita kesunyian,


Kau juga ibarat sepasang tangan apabila tangan kiri terluka Kau usap kesakitan tangan kiri itu,
Sahabat setiap orang memerlukan mu oh sahabat,


tanpamu sudah lama ku rebah menghempap bumi,
tanpamu sudah lama ku berputus asa,
tanpamu ku sentiasa dalam kesunyian sahabat.


Ku amat memerlukanmu sahabat
kau ibarat
tv dengan remote,
sungai dengan air,
tiang debgan bangunan,
aur dengan tebing.

ku mahu kau sentiasa disisi ku oh SAHABAT





                                               SAHABAT TIADA GALANG GANTINYA
-w-

Insan Biasa

   



         Tergelincir dari landansan Allah S.W.T ataupun dengan kata lainnya ialah melakukan perkara yang dilarang oleh-Nya .
                       Selalu kita dengar manusia tiada yang sempurna melainkan Nabi & Rasul.
Namun kita sebagai hamba-Nya sentiasa dibuka pintu taubat untuk kembali pada jalan yang betul @ jalan Allah.
                 Selagi mana kita bernyawa di bumi Allah nie , selama itulah PINTU TAUBAT sentiasa terbuka buat kita sebagai hamba-Nya. Jangan pernah rasa putus asa dalam bertaubat di jalan Allah. Selagi matahari tak terbit dari sebelah barat selagi itu pintu taubat sentiasa terbuka.
               
                    Seseungguhnya keampunan itu milik DIA ,kita hanya manusia biasa yang di ciptakan oleh Allah .


  • Assalamualaikum Ibu...
utusan ini dari anakmu yang sudah banyak melakukan dosa terhadapmu Ibu
anakmu inilah yang suka menyakitkan hatimu
anakmu inilah yang selalu menyusahkanmu
anakmu inilah jua yang melawan cakapmu
anakmu inilah yang selalu ingkar arahan mu


bykny dsa ku pdmu ibu maafknlh dku whai ibuku!!!
IBu
syurgaku d b wh telpak kki mu ibu,wlpn ku sdar smua itu nmun ku ttp melwn ckp mu ,ingkr arhn mu,lwn ckp mu ibu
ak ank yg xbrsyukur,
 
ibu ampunkn lh dsa ankmu nie
jauh dsdut htiku ak xsgup lkkn nie smua ibu
nmun ak trgelncir dri lndasn yg btul
ku trpsong dri jln yg lrus

nmun ak xprnh brhnti brdoa agr ak d bri hdyh dri yg MAHA ESA stiap mlm ak mnitiskn air mta ku yg xda nlai ini untk memhon ampn trhdapmu ibu
nmun xkra apkh hsilnye ku ttp trus memhon keampnan dri Allah



namun jauh d sdut hti ku ak xsgup melukakn hti smua trhdp mu ibu
tp apakn dya dri ankmu yg lmah ini mudh trmkn dgn dgaan syaitn jhnam
dgaan yg dtg xbrhnti2
ak cbe melwn 2 smua ibu
nmun imn ku yg lmah menjebak kn ak ke lmbh dosa
ak ingn lri dri ini smua ,ak mhon kekutn dri YANG MAHA ESA
"YA ALLAH sesngghnya hmbamu ini insn yg lmbh briknlh kekeuatn kpd hmbu ya Allah ENGKAU teguhknlh imn ku trhdapmu ya Allah hndrknlh dri dri gdaan syaitn jhnam lg kji 2 Ya Allah"

>nukilan ikhlas ankmu
-w-

IBU


IBU
Anakmu ini sangat merinduimu,
Namun apakan dayaku yang jauh di perantauan,
Sesungguhnya setiap saat &detikku inginku habiskan bersamamu IBU
Namun apakah kuasaku untuk lakukan itu semua,

IBU
Engkau seorang insan yang sangat istimewa bagiku,
Engkau seorang insan yang tabah &kuat menempuhi segala renjau kehidupan dalam membesarkan kami anakmu,
Engkau tidak pernah mengenal erti penat & lelah,
Engkau sanggup berkorban apa sahaja demi kami anakmu IBU

IBU
Disini anakmu ini ingin memohon sejuta kemaafan darimu,
Kerana telah banyak melukakan hati & perasaanmu IBU,
Ampunkanlah dosa-dosa kami anakmu IBU

SAYA SAYANG IBU!!!



HARGAILAH SEORANG INSAN YANG BERNAMA IBU
-w-