Tuesday 4 December 2012

Sinar mentari yang terselindung




    Impian , setiap insan mempunyai matlamat dan juga impian untuk di capai dalam kehidupannya. Gantunglah impian itu agar dapat kita semarakkan semangat yang akan di susun atur menujunya. Binalah benteng kekuatan dalam diri agar  tak goyah bila badai melanda agar tak goyah bila ombak menghempas.

      Ingin ku kongsikan kisah seorang hamba-Nya yang bernama Ramdan , lahir dalam serba kekurangan , hidup dalam kegelapan alam. Dilahirkan pada tanggal 4/1/1992 di sebuah hospital di pantai timur Malaysia. Dibesarkan oleh dua orang insan hebat yang bernama Mohd Ali dan juga Fatimah. Mendapat pendidikan awal di Sekolah Kebangsaan Permai Jaya yang menjadi tempat Ramdan mengenal dunia dan juga mengenal Penciptanya. Terus mengorak langkah yang seterusnya ke Sekolah Menengah Kebangsaan Permai di mana tempat abang-abangnya menimba ilmu sebelum ini. Semasa meniti jambatan kehidupan ini yang tak semudah 123 , kadangkala sepahit hempedu di rasa semanis madu tak dilupa.

     Namun dari sehari ke sehari langkahnya bertambah tegap ,bertambah matang menyusun strategi mengapai impian yang lama tersimpan dilubk hati. Setelah berpenat lelah mengharungi kehidupan persekolahan akhirnya Ramdan berjaya menghabiskannya dengan mendapat 5A dalam Sijil Pelajaran Malaysia(SPM) pada tahun 2009. “aku cemburu dengan kawan-kawanku yang keputusan mereka disambut bersama insan tersayang, tak macam aku hanya dengan teman”, bisik Ramdan dalam naluri hatinya. Ini kerana keluarganya bukanlah  dari golongan berada seperti mana kawan-kawannya, ayahnya hanya seorang nelayan yang bertarung nyawa demi sesuap rezeki, manakala ibunya seorang suri rumah sepenuh masa yang tak kenal erti mengalah dalam membesarkan pemimpin bangsa.

            Bila diimbas kembali kehidupannya mempunyai tujuh orang abang dan dua orang kakak yang membesar dengan perih jerih hasil seorang anak nelayan yang rezeki mengikut ombak di lautan. Membesar dalam keluarga yang serba kekurangan tak menghalangnya untuk berjaya seperti insan lain yang hayut dek perubahan zaman. Ilmu agama pantang ditinggal kerana itulah penyuluh jalan kehidupan buat bekalan ke alam seterusmya berjumpa dengan Ya Rabb. Sikap orang tuanya yang tegas dalam menjadikan anak-anak manusia yang berguna pada agama ,bangsa dan juga negara membuatkan semua adik beradik tak lupa dek tinggal di dunia yang hanya sementar ini. Ramdan pernah digantung kakinya akibat tak pergi menelaah Kalam Allah semas berumur 5 tahun,namun dia bersyukur dengan ketegasan itulah dia semakin matang menyelusuri alam sementara ini.

            Berbalik kepada keputusan SPM yang diperolehi Ramdan tadi, dengan keputusan itu dia mendapat beberapa tawaran melanjutkan pelajaran ke peringkat yang seterusnya. Percayalah rezeki itu milik Allah. Mendapat tawaran melanjutkan pelajaran ke peringkat yang seterusnya membuatkan perasaannya bercampur baur antara gembira dan juga sedih. Gembira hatinya bila impian untuk menuju menara gading akhirnya termakbul, namun kegembiraan hatinya diselubungi oleh rasa sedih kerana ke menara gading memerlukan kewangan yang kukuh. Bila memikirkan soal itu kadang-kadang membuatkan diri Ramdan berbelah bagi antara impian dan juga kesedihan. Walaupun dia tahu zaman sekarang begitu banyak bantuan kewangan dari pihak kerajaan mahupun swasta. Langkah disusun istikharah berterusan, akhirnya Allah membuka pintu hatinya supaya mengapai peluang didepan mata yang terhidang itu. Dengan itu Ramdan tekad untuk melanjutkan pelajarannya disebuah ipta di selatan tanah air di dalam bidang mekanikal. Persiapan dibuat supaya syarat-syarat kemasukan ke ipta dapat dipenuhi dengan jayanya. Alhamdulillah denagn izin dari-Nya persiapan dia berjalan lancar dan mengikut apa yang dikehendaki.

              Pada bulan disember 2009 bermula perjalanan Ramdan ke selatan tanah air untuk mendaftarkan diri sebagai pelajar ipta untuk sesi disember pada tahun itu. Perjalanannya diiringi doa dari  adik beradiknya dan juga tentulah dari orang tuanya sekali. Melangkah ke selatan negara itu dengan abangnya yang sulung dan juga kedua-dua orang tua yang ingin melihat Ramdan melangkah setapak ke menara gading yang membuatkan ibu bapanya menangis kegembiraan melihat kejayaannya. Gembirakan ibu bapa kita dengan kejayaan.  Selepas itu bermulalah kehidupan dia sebagai seorang pelajar ipta di selatan tanah air. Pada permulaan perjalanannya di dalam dunia ipta ini diduga lagi apabila keyakinan pada diri kadang-kadang terkulai dek cabaran dihadapan, namun dengan nasihat dari insan-insan tersayang membuatkan hati Ramdan kembali pada landasan menuju kejayaan dalam kehidupan dunia ipta. Melangkah dan terus melangkah bagi Ramdan perjalanan hidupnya di dunia ipta ini mengajarnya erti berdikari tanpa ibu bapa dan kekuatan dari insan tersebut.

            Dalam perjalanan sebagai peljar ipta dan dunia remaja yang jauh dari radar ibu bapa membuatkan darinya hanyut dengan dunia itu sendiri. Ramdan pun sama macam insan lain yang punca perasaan dan juga hati , tengok  kawan-kawan  bercinta membuatkan dirinya juga  ingin merasai perasaan tiu sendiri. Namun kisah silam masa zaman cinta monyet dia dulu membuatkan dirinya terasa takot untuk bercinta lagi, bagai angin meniup daun yang gugur ke mana sahaja, begitu juga Ramdan yang akhirnya tertarik dengan agama yang ada pada seorang muslimah yang dikenalinya dalam alam maya, maklumlahkan zaman IT membuatkan dunia tanpa batasan, insan yang berjaya mencuri hatinya itu juga merupakan orang dari pantai timur jugak boelh dikatakan satu haluan dengan tempatnya sendiri. Tempoh perkenalan yang singkat dan juga dengan hanya perkenalan dalam alam maya membuatkan Ramdan ragu-ragu untuk melafazkan cinta pada muslimah tersebut. Dalam perkenalan yang singkat itu juga Ramdan mengetahui yang insan yang dicintainya dapat melanjutkan pelajaran ke oversea iaitu ke negara teluk untuk berjihad menuntut ilmu disana dalam jurusan bahasa Arab. Apa yang membuatkan Ramdan tertarik pada muslimah itu ialah agama yang ada padanya dan juga dari keturunan orang yang baik-baik membuatkan hati Ramdan terpikat pada muslimah itu.  Namun itulah yang dikatakan jodoh pertemuan semua di tangan Allah , terpisah dek kerana pelajaran perlu diutamakn terlebih dahulu , masing-masing ada komitmen pada jihad pelajran terlebih dahulu. Masing-masing akur dengan takdir Ilahi dan berpegang pada janji Allah andai dia tercipta untuk ku dekatkanlah hati kami Ya Allah. Muslimah itu namanya sangat indah persisi dengan keperibadiannya secantik makna nama itu sendiri. Nama yang sama seperti salah seorang isteri kesayangan Kekasih Allah Muhammad S.A.W.  Namun cintalah atas dasar agama nescaya kita akan bahagia sampai alam seterusnya , jangan mencintai kerana paras rupa yang akan berkedut jugak suatu hari nanti, jangan mencintai atas dasar harta yang akan habis juga suatu ketika nanti , dan janganlah kamu mencintai seseorang atas dasar terpaksa.

tunggu sambungan seterusnya nanti, insyaAllah ^^

~w~


No comments:

Post a Comment