Mata Hati
Saturday, 2 March 2013
Friday, 1 March 2013
VVIP
ibu
dari mu kami tahu erti kasih sayang
dari mu kami tahu erti cinta
ayah
dari mu kami belajar erti usaha tanpa kenal putus asa
dari mu kami tahu erti ketabahan
abang & kakak
dari mu jua kami tahu erti kerjasama
dari mu kami tahu erti susah senang bersama
dari mu kami tahu erti kasih sayang
dari mu kami tahu erti cinta
ayah
dari mu kami belajar erti usaha tanpa kenal putus asa
dari mu kami tahu erti ketabahan
abang & kakak
dari mu jua kami tahu erti kerjasama
dari mu kami tahu erti susah senang bersama
Friday, 21 December 2012
Selaraskan perasaan
Assalamualaikum wbt...
Perkenalan kadang-kadang akan menjadikan seorang kawan menjadi kawan 'istimewa' . istimewa macam seorang lelaki berkenalan dengan seorang perempuan , ada kala perkenalan itu boleh membuatkan kita rasa suka antara satu sama lain. Namun rasa itu datang adakalanya tanpa diduga kehadirannya dalam hati kita. Perasaan suka itu perlulah diselaraskan dan perlu di kawal agar ianya tidak menjadi sesuatu yang boleh membuatkan kita terjerumus ke lembah maksiat ataupun zina , mintak-mintak jauh la kan, insyaAllah.
Perkenalan kita sesama insan di bumi Allah yang sementara ini perlulah berlandasakan syariat Islam, Islam tak melarang perkenalan antara si teruna dengan si dara tapi kita sebagai insan kenalah mengetahui batas-batas pergaulan yang telah ditetapkan oleh-Nya.
Perasaan cinta juga mungkin akan wujud disebalik perkenalan kita itu sendiri, cinta itu tidak salah namun perlulah kita ketahui yang cinta kita sesama saudara seIslam itu lebih penting untuk dizahirkan dalam pergaulan mahupun dalam memberi nasihat sesama kita.
Perkenalan kadang-kadang akan menjadikan seorang kawan menjadi kawan 'istimewa' . istimewa macam seorang lelaki berkenalan dengan seorang perempuan , ada kala perkenalan itu boleh membuatkan kita rasa suka antara satu sama lain. Namun rasa itu datang adakalanya tanpa diduga kehadirannya dalam hati kita. Perasaan suka itu perlulah diselaraskan dan perlu di kawal agar ianya tidak menjadi sesuatu yang boleh membuatkan kita terjerumus ke lembah maksiat ataupun zina , mintak-mintak jauh la kan, insyaAllah.
Perkenalan kita sesama insan di bumi Allah yang sementara ini perlulah berlandasakan syariat Islam, Islam tak melarang perkenalan antara si teruna dengan si dara tapi kita sebagai insan kenalah mengetahui batas-batas pergaulan yang telah ditetapkan oleh-Nya.
Perasaan cinta juga mungkin akan wujud disebalik perkenalan kita itu sendiri, cinta itu tidak salah namun perlulah kita ketahui yang cinta kita sesama saudara seIslam itu lebih penting untuk dizahirkan dalam pergaulan mahupun dalam memberi nasihat sesama kita.
'Selaraskan cinta kita kepada sesiapa pun biarlah ikhlas kerana Allah'
kerana dari takdir Allah itulah terjalinnya satu ukhawah antara kita sesama insan.
susurilah ukhawah perkenalan dan juga persahabatan yang terjalin ini dengan penuh kepatuhan kita dengan perintah-perintah-Nya dalam adab berkawan.
Saturday, 15 December 2012
Baik
Assalamualaikum wbt...
"orang yang baik akan dapat orang yang baik sebagai pasangannya"
Peganglah kata-kata itu agar kita sentiasa berusaha untuk menjadi yang terbaik dalam kalangan yang terbaik.
Biarlah kita tak nampak baik pada pandangan manusia yang penting kita nampak baik pada pandangan Allah Pencipta kita.
Berusaha menjadikan diri kita yang terbaik!!!
:)(:
Friday, 14 December 2012
ukhawah dalam persahabatan
Assalamualaikum wbt....
kawan ataupun sahabat mempunyai maksud yang sama.
Terjalinnya ukhawah antara kita sesama manusia itu juga dinamankan kawan.
Namun hiasilah ikatan ukhawah yang suci itu dengan nasihat dan juga perkenalan yang ikhlas kerana Allah.
~~~> kawan yang sukar dicari adalah yang sentiasa bersama-sama dengan kita di waktu susah mahupun senang <~~~
berkawanlah kerana Allah semoga ikatan ukhawah itu kekal hingga penghujung nyawa
:)(:
~w~
Tuesday, 11 December 2012
untuk Along
Assalamualaikum wbt...
apa yang kita nak tak semua kita dapat, tapi jangan mengeluh bila apa yang kita nak itu xdapat
mungkin Allah xbagi ianya sekarang mungkin Allah bagi lepas nie, jangan pernah putus asa berharap pada-Nya
Along wt molek blake dh kan , along stdy dh along doa dh so kite tawakkal la along,
along wt blake dh hok 2 smua so along redha la dengan ape hok Allah bagi 2,insyaAllah itu yg terbaik buat along
jangan jadikan ape yg along dpt ari nie sebgai "pelemah " semngt along
along kne bngkit berusaha lagi lpas nie utk bktikn hok along boleh wt molek lg pas nie
klu orang len bole wt bkpe along xleh dok?? pk su ykin dgn kmmpuan hok ada pd along , along bole wt molek ag dri nie utk dpt kptsan hok lg bek n cmrlng
yg pntg jgn seskli along ptus asa, klu along ptus asa xpka llu r, jd xsmngt dh nk stdy
sbb kt dnia xdok hok sng along , smua ny kne ad usha yg kuat utk kite gpai bnde hok kte nok 2.
teruskan perjuangaan dalam medan jihad along menuntut ilmu nie, jangan give up2 ok.
semoge along kuat n berjaya dalam benda apa jua hok along buat deh
amin
satu jew semua orang nak tengok along berjaya dunia mahupun akhirat.
goog luck along , doa dari family2 along ada sokmo dengan along terutama sekali doa umi dengan ayah.
* buat anak saudara tercinta yang dapat result tak capai target jangan give up!!!
juga untuk motivasi diri sendiri
Tuesday, 4 December 2012
Sinar mentari yang terselindung
Impian , setiap insan
mempunyai matlamat dan juga impian untuk di capai dalam kehidupannya.
Gantunglah impian itu agar dapat kita semarakkan semangat yang akan di susun
atur menujunya. Binalah benteng kekuatan dalam diri agar tak goyah bila badai melanda agar tak goyah
bila ombak menghempas.
Ingin ku kongsikan
kisah seorang hamba-Nya yang bernama Ramdan , lahir dalam serba kekurangan ,
hidup dalam kegelapan alam. Dilahirkan pada tanggal 4/1/1992 di sebuah hospital
di pantai timur Malaysia. Dibesarkan oleh dua orang insan hebat yang bernama
Mohd Ali dan juga Fatimah. Mendapat pendidikan awal di Sekolah Kebangsaan Permai Jaya yang menjadi tempat Ramdan mengenal dunia dan juga mengenal
Penciptanya. Terus mengorak langkah yang seterusnya ke Sekolah Menengah
Kebangsaan Permai di mana tempat abang-abangnya menimba ilmu sebelum ini.
Semasa meniti jambatan kehidupan ini yang tak semudah 123 , kadangkala sepahit
hempedu di rasa semanis madu tak dilupa.
Namun dari sehari ke
sehari langkahnya bertambah tegap ,bertambah matang menyusun strategi mengapai
impian yang lama tersimpan dilubk hati. Setelah berpenat lelah mengharungi
kehidupan persekolahan akhirnya Ramdan berjaya menghabiskannya dengan mendapat
5A dalam Sijil Pelajaran Malaysia(SPM) pada tahun 2009. “aku cemburu dengan kawan-kawanku
yang keputusan mereka disambut bersama insan tersayang, tak macam aku hanya
dengan teman”, bisik Ramdan dalam naluri hatinya. Ini kerana keluarganya
bukanlah dari golongan berada seperti
mana kawan-kawannya, ayahnya hanya seorang nelayan yang bertarung nyawa demi
sesuap rezeki, manakala ibunya seorang suri rumah sepenuh masa yang tak kenal
erti mengalah dalam membesarkan pemimpin bangsa.
Bila diimbas kembali
kehidupannya mempunyai tujuh orang abang dan dua orang kakak yang membesar
dengan perih jerih hasil seorang anak nelayan yang rezeki mengikut ombak di
lautan. Membesar dalam keluarga yang serba kekurangan tak menghalangnya untuk
berjaya seperti insan lain yang hayut dek perubahan zaman. Ilmu agama pantang
ditinggal kerana itulah penyuluh jalan kehidupan buat bekalan ke alam
seterusmya berjumpa dengan Ya Rabb. Sikap orang tuanya yang tegas dalam
menjadikan anak-anak manusia yang berguna pada agama ,bangsa dan juga negara
membuatkan semua adik beradik tak lupa dek tinggal di dunia yang hanya sementar
ini. Ramdan pernah digantung kakinya akibat tak pergi menelaah Kalam Allah
semas berumur 5 tahun,namun dia bersyukur dengan ketegasan itulah dia semakin
matang menyelusuri alam sementara ini.
Berbalik kepada
keputusan SPM yang diperolehi Ramdan tadi, dengan keputusan itu dia mendapat
beberapa tawaran melanjutkan pelajaran ke peringkat yang seterusnya. Percayalah
rezeki itu milik Allah. Mendapat tawaran melanjutkan pelajaran ke peringkat
yang seterusnya membuatkan perasaannya bercampur baur antara gembira dan juga
sedih. Gembira hatinya bila impian untuk menuju menara gading akhirnya
termakbul, namun kegembiraan hatinya diselubungi oleh rasa sedih kerana ke
menara gading memerlukan kewangan yang kukuh. Bila memikirkan soal itu
kadang-kadang membuatkan diri Ramdan berbelah bagi antara impian dan juga kesedihan.
Walaupun dia tahu zaman sekarang begitu banyak bantuan kewangan dari pihak
kerajaan mahupun swasta. Langkah disusun istikharah berterusan, akhirnya Allah
membuka pintu hatinya supaya mengapai peluang didepan mata yang terhidang itu.
Dengan itu Ramdan tekad untuk melanjutkan pelajarannya disebuah ipta di selatan
tanah air di dalam bidang mekanikal. Persiapan dibuat supaya syarat-syarat
kemasukan ke ipta dapat dipenuhi dengan jayanya. Alhamdulillah denagn izin
dari-Nya persiapan dia berjalan lancar dan mengikut apa yang dikehendaki.
Pada bulan disember
2009 bermula perjalanan Ramdan ke selatan tanah air untuk mendaftarkan diri
sebagai pelajar ipta untuk sesi disember pada tahun itu. Perjalanannya diiringi
doa dari adik beradiknya dan juga
tentulah dari orang tuanya sekali. Melangkah ke selatan negara itu dengan
abangnya yang sulung dan juga kedua-dua orang tua yang ingin melihat Ramdan
melangkah setapak ke menara gading yang membuatkan ibu bapanya menangis
kegembiraan melihat kejayaannya. Gembirakan
ibu bapa kita dengan kejayaan.
Selepas itu bermulalah kehidupan dia sebagai seorang pelajar ipta di
selatan tanah air. Pada permulaan perjalanannya di dalam dunia ipta ini diduga
lagi apabila keyakinan pada diri kadang-kadang terkulai dek cabaran dihadapan,
namun dengan nasihat dari insan-insan tersayang membuatkan hati Ramdan kembali
pada landasan menuju kejayaan dalam kehidupan dunia ipta. Melangkah dan terus
melangkah bagi Ramdan perjalanan hidupnya di dunia ipta ini mengajarnya erti
berdikari tanpa ibu bapa dan kekuatan dari insan tersebut.
Dalam perjalanan
sebagai peljar ipta dan dunia remaja yang jauh dari radar ibu bapa membuatkan
darinya hanyut dengan dunia itu sendiri. Ramdan pun sama macam insan lain yang
punca perasaan dan juga hati , tengok
kawan-kawan bercinta membuatkan
dirinya juga ingin merasai perasaan tiu
sendiri. Namun kisah silam masa zaman cinta monyet dia dulu membuatkan dirinya
terasa takot untuk bercinta lagi, bagai angin meniup daun yang gugur ke mana
sahaja, begitu juga Ramdan yang akhirnya tertarik dengan agama yang ada pada
seorang muslimah yang dikenalinya dalam alam maya, maklumlahkan zaman IT
membuatkan dunia tanpa batasan, insan yang berjaya mencuri hatinya itu juga
merupakan orang dari pantai timur jugak boelh dikatakan satu haluan dengan
tempatnya sendiri. Tempoh perkenalan yang singkat dan juga dengan hanya
perkenalan dalam alam maya membuatkan Ramdan ragu-ragu untuk melafazkan cinta
pada muslimah tersebut. Dalam perkenalan yang singkat itu juga Ramdan
mengetahui yang insan yang dicintainya dapat melanjutkan pelajaran ke oversea
iaitu ke negara teluk untuk berjihad menuntut ilmu disana dalam jurusan bahasa
Arab. Apa yang membuatkan Ramdan tertarik pada muslimah itu ialah agama yang
ada padanya dan juga dari keturunan orang yang baik-baik membuatkan hati Ramdan
terpikat pada muslimah itu. Namun itulah
yang dikatakan jodoh pertemuan semua di tangan Allah , terpisah dek kerana
pelajaran perlu diutamakn terlebih dahulu , masing-masing ada komitmen pada
jihad pelajran terlebih dahulu. Masing-masing akur dengan takdir Ilahi dan
berpegang pada janji Allah andai dia
tercipta untuk ku dekatkanlah hati kami Ya Allah. Muslimah itu namanya
sangat indah persisi dengan keperibadiannya secantik makna nama itu sendiri.
Nama yang sama seperti salah seorang isteri kesayangan Kekasih Allah Muhammad
S.A.W. Namun cintalah atas dasar agama
nescaya kita akan bahagia sampai alam seterusnya , jangan mencintai kerana
paras rupa yang akan berkedut jugak suatu hari nanti, jangan mencintai atas
dasar harta yang akan habis juga suatu ketika nanti , dan janganlah kamu
mencintai seseorang atas dasar terpaksa.
tunggu sambungan seterusnya nanti, insyaAllah ^^
~w~
Subscribe to:
Posts (Atom)