Friday, 21 December 2012

Selaraskan perasaan

Assalamualaikum wbt...

Perkenalan kadang-kadang akan menjadikan seorang kawan menjadi kawan 'istimewa' . istimewa macam seorang lelaki berkenalan dengan seorang perempuan , ada kala perkenalan itu boleh membuatkan kita rasa suka antara satu sama lain. Namun rasa itu datang adakalanya tanpa diduga kehadirannya dalam hati kita. Perasaan suka itu perlulah diselaraskan dan perlu di kawal agar ianya tidak menjadi sesuatu yang boleh membuatkan kita terjerumus ke lembah maksiat ataupun zina , mintak-mintak jauh la kan, insyaAllah.

Perkenalan kita sesama insan di bumi Allah yang sementara ini perlulah berlandasakan syariat Islam, Islam tak melarang perkenalan antara si teruna dengan si dara tapi kita sebagai insan kenalah mengetahui batas-batas pergaulan yang telah ditetapkan oleh-Nya.

Perasaan cinta juga mungkin akan wujud disebalik perkenalan kita itu sendiri, cinta itu tidak salah namun perlulah kita ketahui yang cinta kita sesama saudara seIslam itu lebih penting untuk dizahirkan dalam pergaulan mahupun dalam memberi nasihat sesama kita.

'Selaraskan cinta kita kepada sesiapa pun biarlah ikhlas kerana Allah'
kerana dari takdir Allah itulah terjalinnya satu ukhawah antara kita sesama insan.


susurilah ukhawah perkenalan dan juga persahabatan yang terjalin ini dengan penuh kepatuhan kita dengan perintah-perintah-Nya dalam adab berkawan.





No comments:

Post a Comment