Tuesday, 24 April 2012

Sahabatku


SAHABAT
kau memberi maksud dan makna yang sangat mendalam dalam diri ini,
kau memberi kekuatan dalam hidup ini ,
kau kekuatan kami apabila kami berjauhan dengan keluarga,


Dia lah keluarga kita apabila di perantauan,
Dialah pembakar semangat kita,
Dia membangkitkan kita tatkala kita sedang jatuh,
Dia disisi pabila kita kesunyian,


Kau juga ibarat sepasang tangan apabila tangan kiri terluka Kau usap kesakitan tangan kiri itu,
Sahabat setiap orang memerlukan mu oh sahabat,


tanpamu sudah lama ku rebah menghempap bumi,
tanpamu sudah lama ku berputus asa,
tanpamu ku sentiasa dalam kesunyian sahabat.


Ku amat memerlukanmu sahabat
kau ibarat
tv dengan remote,
sungai dengan air,
tiang debgan bangunan,
aur dengan tebing.

ku mahu kau sentiasa disisi ku oh SAHABAT





                                               SAHABAT TIADA GALANG GANTINYA
-w-

No comments:

Post a Comment