Saturday 12 May 2012

Rasa Sayang

bila berbicara tentang hati & perasaan kadang2 leh buatkan someone titiskan air mata keran mungkin sejarah silam yang amat perit untuk dilupakan , namun perkara yang perit itulah yang dapat mematangkan kita tentang kehidupan dunia ini. " langit tak sentiasa cerah " samalah dengan kehidupan kita sebagai manusia yang tak selalunya gembira . Allah memberi ujian kepada setiap hamba-Nya tanda kasih & sayang Allah pada kita .

   Setiap manusia ada rasa untuk di sayangi & juga menyayangi . Rasa itulah lumrah bagi kita setiap insan yang di kurniakan oleh Nya akal fikiran . Namun kasih & sayang sepatutnya terlebih dahulu kita lebih & utamakan pada Pencipta kita iaitu Allah S.W.T & juga  kasih sayang pada kekasihnya Nabi Muhammad S.A.W. & seterusnya luahkan segala rasa kasih & sayang kita itu pada ibu bapa , keluarga & juga kawan2.
       


Jangan pernah berkira siapakah yang pernah memberi kasih sayang pada kita,tapi fikirlah pada siapa kita lebihkan kasih sayang kita itu. Adakah pada insan yang betul? renung la sejenak...


    Tapi jika kita sudah memberi kasih sayang pada seseorang beri la dengan penuh ikhlas tanpa mengharap balasan,  kadang2 kita sebagai manusia memberi dengan mengharap balasan. Ikhlas kan sesuatu pemberian kita tak kira dalam apa jua bentuk sekalipun, insyaAllah ganjaran dari Allah lagi hebat .

No comments:

Post a Comment